Wednesday, January 9, 2013

..pilihan..

penat kaki melangkah,
menuju dari tempat ke tempat,
mencari ruang berteduh,
akhirnya berjaya kucari,
agar boleh aku terus berkongsi,
angin yang datang dari tepian pantai,
menghembus ke seluruh tubuh,
nikmat rasanya,
tidak terkata,
duduk di pergigian air,
tempiasnya sehingga kemuka,
apabila ombak menghempas pantai,
semua nya licin,
licin di telan ombak,
tapi,
ia masih tidak dapat menghapuskan,
menghapuskan luka lama yang di pendam,
yang telah sebati dalam diri,
muncul sinar kebahagiaan ,
yang telah lama di impikan,
mengimpikan tapi tidak mendapatkan,
bukankah itu suatu yang mustahil,
mustahil bagi manusia biasa,
keliru tatkala ia datang,
keputusan tidak di buat,
muncul yang kedua,
pilihan yang sukar untuk diri,
tiada di ketahui,
satu bantuan datang muncul,
dengan harapan terbit sinaran,
memulakan satu kehidupan,
kehidupan yang dimiliki dua insan,
agar boleh bersatu,
mnjalani kehidupan bersama,
itu semua khayalan semata,
di sini ada aku,kau dan dia,
kau yang kekosongan,
dia yang menyenangkan,
aku yang dalam dilema,
namun aku berserah pada nya,
Dia yang menentukan segala nya,
destinasi aku telah di tetapkan,
untuk memiliki sesiapa,
aku hanya mampu berusaha,
Dia yang lebih mengetahui,
sepayah manapun kita menyatukan,
tapi kalau bukan untuk kita,
ia akan terlepas jua,
biar masa yang menentukan,
ibarat di telan mati emak,
di luah mati bapak,
dikau telah lama ak perhatikan,
hanya dikau yang tidak mengetahui,
dia datang tanpa di undang,
entah bila dia muncul dalam kehidupanku,
ini kisah aku,
mungkin ada yang mengerti,
ada yang tidak,
untuk kau dan dia,
terima kasih kerana telah singgah,
tiba masa nanti,
kalau jodoh ku antara kau dan dia,
akan ku teruskan,
kerana itulah yang terbaik untukku,
yang telah di tulis destinasi nya,
kau dan dia,
belum pernah aku ceritakan pada sesiapa,
termasuk tuan empunya diri,
kalau di izin  kan oleh Nya untuk di ketahui,
akan pecah segala yang tersimpan,

awak,pilihan bukan mudah,
awak,sy tidak mintak untuk ini,
awak,sy harap awak mengerti apa yang diluahkan,
awak,kalau dah ketentuan kita tidak boleh nak elak,
awak,andai ini yang ditentukan,saya terima,
awak,sy harap sy mampu miliki "nya",
awak,sy harap terima sy seadanya.

#angin Tc mmg awesome,sekadar coretan :)

No comments:

Post a Comment