Sunday, January 27, 2013

..syahdu malam..

Rintik hujan sudah mula menjengah,
Bersama hempasan ombak,
Bintang yang pada mulanya terang,
Terang berkelipan,
Kini kian hilang,
Hilang dalam kalutan malam,
Titik berat mula turun,
Seolah memahami keadaan,
Namun aku terus berdiri,
Menikmati angin yang semakin nyaman,
Di tepian pantai,
Yang pada mula nya ramai,
Kini,semuanya mengorak langkah,
Agar tidak dibasahi hujan,
Ad yang turut degil sepertiku,
Tidak berganjak,
Malah semakin menghampiri ombak,
Alangkah indah ny,
Jika dpat hanyut seperti pasir,
Pergi mengikut alunan ombak,
Memadamkan segala yang terbuku,
Mendatarkan bukit yang telah dibina,
Jauh di hujung sana,
Kerlipan lampu dari rumah pantai,
Membantu,
Membantu anak2 kapal,
Yang sedang belayar,
Bendera merah terus berkibaran,
Mengikut rentak angin
Seperti diriku,
Yang terus menghasilkan coretan,
Tanpa menghiraukan siapa di sekeliling,
Menunggu sinar yang seakan kelam,
Seperti bintang yang telah lenyap,
Diriku terbayang akan dirimu,
Entah mengapa diri ku sepi.
Sepi tanpa khabar berita darimu,
Aku rindu,
Rindu dengan gelagat mu,
Tingkah laku mu yang mengusik hati.
Namun sekarang diri mu seolah menjauh,
Menjauh dariku,
Seperti ada sesuatu yang kau cuba rahsiakan,
Meski pun aku tahu apa yang dikau sembunyikan,
Manakan sudah terang lagi bersuluh??
Keakraban sudah tidak separti dulu,
Kejanggalan semakin ketara,
Seperti ada silap ku terhadap dirimu,
Sepuluh jari ku susun rapi,
Agar ini boleh membantu,
Membantu agar keakraban kita kembali

^_^ #bahagia bukan milik kita..tapi aku sentiasa berdoa agar dikau slalu bahagia disamping yang tersayang

Monday, January 21, 2013

awak,mengahadapi perpisahan tidak mudah by DSZ

assalamualaikum sahabat,teman,entry kali ini bukan lah hasil dari idea aku sendiri.bukan dari buah fikiran ku,,tapi aku cuma sekadar berkongsi..berkongsi apa yang telah aku baca pada dua tahun lepas..bagi pengemar pengemar blog..mesti ada yang mengenali atau gemar membaca blog Dunia Sebelah Zara...dari blog tersebut aku mula minat untuk berkarya..walaupun tidak sehebat beliau...antara karya yang mampu mengusik aku adalah. "Awak,menghadapi perpisahan tidak mudah" mari aku kongsi sedikit nukilan beliau untuk juadah mata kita bersama...


awak,
keadaan cuaca dunia tidak menentu,
keadaan kita juga seperti tiada hala tuju,
anehnya,perjalanan hidup kta bagaikan ular kena palu,
bersimpang siur,sekejap ke hilir,sekejap mudik ke hulu,
dan dia, enggan perhubungan ini menjadi bisu,
sakitnya jiwa dia menahan pilu,

awak,
dia yakinkan diri bahawa awak dan dia akan kekal bersama,
kekal bersama untuk tempoh yang lebih lama,
ini bukan kali pertama,
bukan kali pertama dia jatuh cinta,
dengan awak,orang yang sama,
ya awak, dengan awak dia belajar erti kasih dan manja,
dengan awak dia kenal dunia

awak,
semakin lama awak semakin menjauh pergi,
kelibat awak sudah jarang di sisi,
pelbagai alasan yang awak beri,
dan dia,enggan ada pertengkaran yang menyayat hati,
dia menunggu walaupun pada awak itu langsung tidak bererti,
susahkah awak untuk memahami?

awak,
hatu dia semakin lama semakin sakit,
betapa keyakinan dia mula luntur berdikit-dikit,
jiwa dia setiap hari dihiris perit,
parahnya dia sampai menjerit,
dengan harapan awak tidak dengar walaupun sedikit,
sebab awak pernah kata,dia kuat walau apa jua yang berlaku waktu "crit",
ya,hatta dia kena cirit birit,

awak,
di mata dia,awaklah yang paling dia cinta,
paras rupa bukan satu ukuran yang dia layan sehingga buta,
tapi yang dia mahukan hanya secebis rasa,
rasa suka,
rasa cinta,
daripada awak yang ajar semua.

awak,
awak buat dia rasa bermakna,
awak buat dia juga punyai kepentingan atas dunia,
awak buat dia rasa dia manusia,
awak buat dia rasa berharga,
awak buat dia rasa betapa manisnya sebuah perasaan dan jiwa,
awak buat dia rasa daia seorang yang beruntung dan istimewa,
tapi,kenapa sekarang awak mahu renggut semua?

awak,
susahkah buat dia gembira?
susahkah buat dia mahu nikmati bahagia?
susahkah mahu dia ceria?
susahkah mahu dia suka?
kenapa mesti berikan dia derita?

awak,
dia telan semua alasan,
dia telan semua apa yang awak berikan,
bila awak diam,dia akan fikir awak dilanda kesibukan,
bila awak menjauh,dia cuba yakinkan diri awak perlukan ruang bersendirian,
bila awak senyap, dia sengaja cipta alasan,
supaya dia mampu hadapi semua ini dengan senyuman,

awak
adakah dia perlu berlalu pergi?
bila yang tinggal hanya senarai janji?
pesanan dan kata-kata yang tidak pernah ditepati?
kosong dan tidak bererti.

awak,
kesakitan itu hanya sudah mula dia rasa,
kepedihan itusudah mula menular dalam jiwa,
kerosakan itu mula memecahkan sendi yang bernyawa,
adakah dia perlu hadapi lagi penderitaan sebelum ianya bermula?

awak,
dia sudah penat derita,
dia sudah penat tahan rasa,
dia sudah penat mahu bersandiwara,
dia sudah penat senyum terpaksa,
dia sudah penat yakinkan diri segala,
dai sudah penat berkejar setiap masa,
dia sudah penat untuk paksa diri ketawa,

awak,
pernahkah awak berhenti?
depan dia dan memerhati.
lihat sama ada awak perlukan dia di sisi,
ataupun dia hanya sekadar trofi,
dapat boleh terima puji,
kalau hilang tidak di keji,
dipulangkan tiada yang simpati,

awak,
awak mungkin tidak akan terjaga dari mimpi,
awak mungkin rasa dia sudah berlalu pergi?
kerana sudah tidak larat menyeka air mata yang jatuh ke pipi.

ini link untuk ke entry yang original...boleh copy n paste kat web ea..
http://shafaza-zara.blogspot.com/2011/11/awak-menghadapi-perpisahan-tidak-mudah.html

untuk ke blog DSZ 
http://shafaza-zara.blogspot.com/


entry yang aku tulis ini adalah pemangkin untuk aku pada ketika dulu,,,setelah lama bermurung....mungkin tiba untuk ak baca sekali lagi...

api,tanah,air

assalamualaikum sahabat,teman seperjuangan,terasa terpanggil untuk membuat entry..pasal tanah,air dan api...ada sahabat bertanyakan kenapa perlu menjadi tanah...untuk memadamkan api..kenapa bukan air..

sebelum itu mari kita kenal apa itu tanah..apa itu api...apa itu air...

tanah - Lapisan permukaan bumi yang mengandungi bahan inorganik dan organik untuk pertumbuhan tumbuhan.

apiApi adalah oksidasi cepat terhadap bahan atau material dalam proses kimia eksotermis seperti pembakaran, menghasilkan panas, cahaya, dan reaksi lainnya.

air Air adalah dasar dari suatu kehidupan dan merupakan satu unsur yang dibutuhkan dalam kehidupan hingga manusia pun sangat menantikan kedatangannya

definisi ini aku ambil dari sumber2 yang berpatutan,,,tapi entry aku bukan lah untuk menerang perihal ini semata..hanya ingin mengaitkan dengan diri kita..pasti anda tertanya..api,tanah mahupun air ada kaitan dengan hidup kita..dimana api merupakan perasaan kita..contoh yang dekat adalah marah,cemburu,dan merajuk..perasaan ini kita boleh kaitkan dengan api..mengapa api..kerana api adalah satu bnda yang sukar dihapuskan...melainkan dengan air ataupun tanah..perihal tanah dan air akan di bicara sebentar lagi..ramai yang bertindak dengan membalas cemburu dengan cemburu,rajuk dengan rajuk marah dengan marah..seperti perihal api..jika api bertemu dengan api maka..ia akan terus merebak..begitu juga lah perasaan kita..kalau di balas dengan perasaan yang sama..tidak akan terpadam..kebanyakan nya akan meninggalkan kesan yang negative..tapi ada juga yang meninggalkan kesan positive..seperti perasaan cinta...ia akan terus membara sampai bila2..

air merupakan sumber yang normal bagi setiap makhluk..jika berlaku kebakaran,.semua akan mencari air untuk memadamnya..tanpa kita sedar...air itu akan membasahi seluruh kawasan..sama ada kawasan yang di jilat api mahu pun tidak...seperti kita sedia maklum..air merupakan sumber yang mengalir..ia akan memadamkan api..api terpadam,tapi air masih mengalir..dalam kehidupan,jika kita menjadi air,,memang kita boleh memadamkan satu2 krisis perasaan yang melanda..tapi ia akan melarat..maksudnya..ungkit mengungkit akan berlaku..pada diri mahupun pada orang lain..kita boleh menjadi air,tapi bukan kepada sahabat kita yang dekat mahupun teman..kita boleh menjadi air pada kenalan kita..inshaa'Allah ia boleh membantu...

tanah...ramai yang tidak tahu atau pura pura tidak tahu bahwasanya tanah bisa memadamkan api,,,ya,,ia mungkin sukar untuk memadamkan..tapi merupakan salah satu langkah awal jika ketiadaan air..tanah yang dimaksudkan adalah tanah yang tidak mempunyai tumbuhan...kerna,jika tanah yang digunakan mempunyai tumbuhan seperti rumput,,,api akan memakan tanah itu sekali...api akan terpadam jika menghempapkan tanah diatasnya..dan ia hanya berada di kawasan yang terbakar...tanpa menjejaskan bahagian lain..tidak seperti air...maksud saya disini..jika ada masalah perihal perasaan...elok lah kita menjadi tanah..kerna..ia tidak akan meninggalkan kesan pada yang lain mahupun diri sendiri..segalanya selesai disitu..dan tidak di ungkit pada masa akan datang..hanya insan yang kuat pendirian nya..yang bisa menjadi tanah..tidak ramai yang saya temui bisa menjadi tanah..kebiasaan nya orang akan memilih untuk menjadi air..

p/s: kalau rumah terbakar jangan pulak g korek tanah...gunalah air...ia memudahkan...

Sunday, January 20, 2013

..sepi merindu...

tika hati merindu,
tiada yang dapat menghalang,
wajah nya yang indah,
lembut tutur kata,
meruntun jiwa,
rindu yang kian membuak,
meninggalkan kesan,
yang tika dulu nya,
ada sinar harapan,
tapi padam sekelip mata,
gelap,mati,
kembali bertandang,
bertandang di dalam jiwa,
sudah di cuba,
untuk di buang,
untuk dilarikan,
tapi ia tetap berbekas,
biar tidak dalam,
tetap meninggalkan kesan,
mengapa di bina harapan,
bila tidak sudi,
mengapa di minta,
bila sukar untuk menerima,
alam,pujuk lah hatiku,
bulan,sejuk kan hatiku,
andai kau tahu,
apa perasaan dalam diri ini?
apa yang ku rasakan disaat ini?
andai tiada harapan yang di bina,
andai tiada yang menduga,
ia pasti tidak akan sebegini,
terbang bak debu,
tiada kudratku lagi,
menahan rindu ini sendiri,
menyandar pada harapan palsu,
sesunguhnya pilu ini,
manifestasi kasih ku,
yang tiada bercabang,


Monday, January 14, 2013

..tempang..

kosong,
satu kata yang terucap,
bila ada yang bertanyakan,
siapa yang berjaya mencuri?
namun bait itu,
hanya omongan kosong,
fikiran yang cuba menafikan,
tatkala ada yang sudah meneka,
malah ada yang tepat,
masih mampu ku sangkal,
dengan ilmu yang ada,
dengan anugerah oleh sang pencipta,
yang memberikan aku buah fikiran,
agar semua panahan boleh ku tepis,
dengan jaya nya,
pengalaman mendewasakan aku,
agar tidak mudah untuk jatuh,
jatuh yang bangun nya tiada siapa membantu,
jatuh yang sakit nya tiada tertanding,
luka,koyak,hancur,lebur,
semuanya dapat dirasakan,
hingga aku tidak berdaya,
untuk jatuh lagi,
tapi itu semua anugerahNya,
Dia yang memberi,
Dia yang mengetahui,
setelah bertahun teguh berdiri,
dengan tempang sebelah,
ada yang menghulur bantuan,
membantu agar boleh berjalan,
seperti manusia lain,
meski pada mula nya,
aku kurang pasti,
dari mana datang nya bantuan,
menyirami pohon-pohon kering,
memekarkan bunga-bunga yang layu,
kini aku temui,
jawapan yang telah lama ku cari,
untuk diri.....

#13113..lawa pulak num ini

Saturday, January 12, 2013

...sahabat..aku rindu...

sahabat betapa aku rindu padamu,,
entah mengapa,
satu perasaan yang berlainan,,
terbit dalam sanubari,,
hanya Dia yang tahu,
hanya Dia yang mengerti,,
kerinduan dalam diri,
tidak dapat disangkal lagi,
biar dirimu berjauhan,
tapi jiwa dan hati kita,,
masih berdekatan,
seperti ada satu ikatan yang dekat,
ketat,sukar untuk di leraikan,
detik perpisahan masih tidak dapat menghapuskan,
segala kenangan yang kita bina,
aku rindu,
rindu tatkala kita bersama,
dengan ahli keluarga kita yang lain,
petikan gitar,
alunan lagu,
masih segar,
seperti baru semalam kita bersua,
kini dikau pergi,
meneruskan perjuangan hidup,
seperti manusia norma,
yang mempunyai cita cita,
untuk mencorakkan kehidupan,
agar ia selalu berjalan,
aku berharap,
agar dikau baik baik di sana,
gapai cita mu,
agar ia boleh berkelip bak bintang,
yang membantu bulan,
untuk menerangi semesta.

p/s : aku berharap agar sahabat ku yang berada di luar sana sihat senantiasa

#rindu

Wednesday, January 9, 2013

..pilihan..

penat kaki melangkah,
menuju dari tempat ke tempat,
mencari ruang berteduh,
akhirnya berjaya kucari,
agar boleh aku terus berkongsi,
angin yang datang dari tepian pantai,
menghembus ke seluruh tubuh,
nikmat rasanya,
tidak terkata,
duduk di pergigian air,
tempiasnya sehingga kemuka,
apabila ombak menghempas pantai,
semua nya licin,
licin di telan ombak,
tapi,
ia masih tidak dapat menghapuskan,
menghapuskan luka lama yang di pendam,
yang telah sebati dalam diri,
muncul sinar kebahagiaan ,
yang telah lama di impikan,
mengimpikan tapi tidak mendapatkan,
bukankah itu suatu yang mustahil,
mustahil bagi manusia biasa,
keliru tatkala ia datang,
keputusan tidak di buat,
muncul yang kedua,
pilihan yang sukar untuk diri,
tiada di ketahui,
satu bantuan datang muncul,
dengan harapan terbit sinaran,
memulakan satu kehidupan,
kehidupan yang dimiliki dua insan,
agar boleh bersatu,
mnjalani kehidupan bersama,
itu semua khayalan semata,
di sini ada aku,kau dan dia,
kau yang kekosongan,
dia yang menyenangkan,
aku yang dalam dilema,
namun aku berserah pada nya,
Dia yang menentukan segala nya,
destinasi aku telah di tetapkan,
untuk memiliki sesiapa,
aku hanya mampu berusaha,
Dia yang lebih mengetahui,
sepayah manapun kita menyatukan,
tapi kalau bukan untuk kita,
ia akan terlepas jua,
biar masa yang menentukan,
ibarat di telan mati emak,
di luah mati bapak,
dikau telah lama ak perhatikan,
hanya dikau yang tidak mengetahui,
dia datang tanpa di undang,
entah bila dia muncul dalam kehidupanku,
ini kisah aku,
mungkin ada yang mengerti,
ada yang tidak,
untuk kau dan dia,
terima kasih kerana telah singgah,
tiba masa nanti,
kalau jodoh ku antara kau dan dia,
akan ku teruskan,
kerana itulah yang terbaik untukku,
yang telah di tulis destinasi nya,
kau dan dia,
belum pernah aku ceritakan pada sesiapa,
termasuk tuan empunya diri,
kalau di izin  kan oleh Nya untuk di ketahui,
akan pecah segala yang tersimpan,

awak,pilihan bukan mudah,
awak,sy tidak mintak untuk ini,
awak,sy harap awak mengerti apa yang diluahkan,
awak,kalau dah ketentuan kita tidak boleh nak elak,
awak,andai ini yang ditentukan,saya terima,
awak,sy harap sy mampu miliki "nya",
awak,sy harap terima sy seadanya.

#angin Tc mmg awesome,sekadar coretan :)

bisik-bisik perkahwinan

wahai yang bersemayam di dalam rasa dan diriku,
engkau jauh daripada penglihatan dan pandangan,
engkau adalah rohku jika aku tidak memandangmu,
dia lebih dekat denganku daripada segala yang berdekatan.
angan-angan tentang dirimu ada dimataku,
ingatan tentang dirimu ada dimulutku,
tempat kembalimu ada di hatiku,
bila sepi ke manakah engkau hilang daripadaku?
wahai yang bersemayam di antara perut dan sulbi,
sekalipun tempat tinggalnya berjauhan daripadaku,
jika engkau sayang tercurah untuk sentiasa mencinta,
jika engkau tiada menggapainya ia kan membumbung,
keteguhanku berdiri tegak bersama dirimu,
aku tiada peduli yang datang dahulu atau kemudian,
engkau membuatku tak peduli dan memang aku begitu,
terhadap orang yang menghinamu atau memuliakan,
kucintai mereka dan seakan-akan engkau musuhku,
bersamamu dan bersama mereka sama-sama kebahagiaan,
ada kenikmatan kerana celaan mereka keran mencintaimu,
biarkan mencercaku mereka yang suka melakukan cercaan,
apa susahnya bagi seorang pendusta,
untuk berkata,padamu kuserahkan cinta,
dia berkata sebenarnya,engkaulah kekasihku,
sekalipun tidak ada ketulusan pada dirimu.

#ku ingin memeluknya di saat hati sedang merindukan,adalah kedekatan setelah kami berpelukan,ku cium mesra agar kerinduan itu sirna,keinginan bertemu mu semakin membara,kobaran di hati belum jauh terubati,kecuali setelah dua hati saling mengisi..

~hasil bacaan hari ini~

sehari berseorangan

fuhhhhhh.......
Assalamualaikum pembuka bicara hari nie..Alhamdulillah..peperangan aku telah tamat semalam,sebagai balasan..aku awardkan diri aku dengan ke bandar..biar pada mula nya ramai yang akan turut serta..tapi atas kekangan masa dan wang..aku mengorak langkah sendiri,,ak teruskan perjalanan ku biarpun tiada berteman,
seronok..aku boleh bergerak bebas..kemana hala yang ingin ku lalui..ku redah sendiri..bermula hari ku dengan malang..apabila aku terpaksa menunggu bas agak lama..tiba saja bas..perghh..sardin..jd aku memutuskan untuk melewatkan perjalanan ku..singgah ke rumah membe dulu..sebelum kembali menunggu..Alhamdulillah,,sampai bas yang berikutnya..ak hanya mengambil masa 5 minit untuk menunggu..lengang..x seperti bas tadi..berkat sabar ku menunggu...ak dapat bas yang selesa..Alhamdulillah..sampai destinasi..aku terus mengorak langkah...meneruskan perjalanan ku..mm..kalau nak cite sume..ape yang simpan untuk aku..x pelah..aku hentikan kisah harian aku di Kuantan smpai sini je laa ye...

sekadar perrkongsian bersama..beberapa minggu lepas..Malaysia di gemparkan dengan satu kes,"BUDAK 13 TAHUN DITANGKAP,ATAS TUDUHAN CUBAAN UNTUK MEROGOL"...terkejut ak dengan berita tersebut..gadis yang hendak di rogol bukan lah seangkatan dengan nya..tapi dah layak di panggil kakak...hasil pemerhatian aku hari ini...keratan berita itu bukan lah satu cara untuk akhbar melariskan jualan nya..dengan mata dan telinga kurniaanNya..budak yang masih mentah..sekolah rendah barangkali..sudah berani mengacau anak dara orang..seperti kes budak malang tersebut..gadis tersebut bukan lah sebaya dengan nya..malahan lebih tua...advance tahap gaban betul budak zaman skunk nie...kecik2 lagi dah pandai mengorat begitu...kalau dah dewasa nanti x tau laa nak jadi ap kat budak2 uh...

seperkara lagi yang aku perolehi hari ini,,,kita jangan memperlekehkan kelemahan orang..kalau Allah nak bagi cash..terjelepuk korang..sama-sama kita ingat mengingati..tiada yang lebih indah melainkan ciptaanNya..dan segala ciptaan Nya indah belaka..tiada yang dapat tandingi...jadi,tolong tegur sahabat2 kita..teman2 kita..agar bersyukur dengan kurniaan yang di berikan..sekali Dia tarik balik kelibihan kita..baru nak menyesal..sorry bro/beb kalo mase tu baru nak menyesal...ak hanya mampu tersenyum..sejahat2 aku..ak masih bersyukur dengan ap yang dikurniakan kepada aku... :)

Saturday, January 5, 2013

pemulaan 2013

assalamualaikum...rasa nya sekian lama sudah tidak menulis sebegini...Alhamdulillah,...bersyukur kepadanya..kerana sekali lagi kita diberikan peluang untuk hidup di tahun yang baru...2013..seperti 3 tahun lepas..new year hanya di sambut dengan aktiviti sendiri...tidak terlintas untuk berjimba ke bandar..cukup dengan kehadiran keluarga kedua untuk bersama..walaupun bukan semua...insha'Allah 2013 ini akan menjadi tahun ke 3 untuk aku bergerak solo..kalau dipertemukan di tengah jalan...mohon diberkati oleh kedua ibu bapa...insha'Allah..2013 bermula dengan kencang..bermula daripada pagi 31Disember2012...hingga ke 3Januari2013...dan akan berakhir pada 8Januari2013...peperangan untuk aku..bagi membuktikan aku terus boleh mengorak langkah..hari ini..tanggal 5januari2013..230..entah mengapa..terasa kekosongan..kekosongan yang kian menerpa dalam diri..berkecil hatikah aku?tiada bertemankah aku?persoalan yang tiba menggangu sanubari..tapi..aku harus mengisi peluru untuk pergi berjuang pada hari terakhir ku...ya..mungkin kali terakhir untuk kita semua bersua..tidak mustahil bukan..kita tidak tahu bila tiba masa kita untuk meninggalkan perjuangan..berjaya...tapi tidak dapat merasakan kejayaan..pelik bukan..kepada sahabat2 ku..ku ucapkan Selamat Tahun Baru..mungkin belum terlambat aku rasakan...

buat keluarga kedua ku..insha'Allah keadaan keluarga kita akan kembali seperti sediakala..hujung 2012 amat perit bagi kita...setelah banyak kejayaan yang kita kecapi..tiba masa kita untuk menerima cabaran dan dugaan daripada yang Maha Esa..sabar dengan apa sahaja yang mendatang..bimbing ahli keluarga kita yang sudah mula lemah..kuatkan semangat mereka semua..insha'Allah kita akan bersatu semula..setelah satu kepergian yang perit..tiba masa untuk kita mengucapkan selamat berjuang kepada pak long kita..yang akan meneruskan kerjaya nya...agar pak long senantiasa sihat dan teruskan perjuangan...

untuk dikau..andai sepanjang perkenalan kita..ada salah dan silap yang pernah kita lalui..sama ada sengaja atau tidak..sepuluh jari ku hulur..memohon maaf kepada dikau..andai benar dikau yang di takdirkan...akan ku simpan hati untuk dirimu..insha'Allah..biar dikau tidak mengetahui..dan seperti aku jua tidak mengetahui siapa dikau yang sebenarnya...ku tidak ingin pisang berbuah dua kali..andai tiba masanya..akan ku kenalkan pada kalian..jika ketemu...

pertengahan 2012 juga menemukan aku dengan UNNIE..ramai yang salah faham akan perkataan itu..sehinggakan ad yang berbisik pada ku.."chatting nga awek laa tuh!!"..mungkin mereka berfikir aku petik perkataan itu dari HONEY...sebernarnya..ia bermaksud kakak...for my unnie..thanx a lot..pertemuan yang singkat menjadikan kita akrab..ds pon x berape nak ingat dimana kita boleh begitu rapat..ds usually ingat bende2 memorial gnie..setelah di imbas dan bertanya sendiri pada unnie ku..baru aku ingat..hanya kerana cokelat..daripada pertolongan yang aku bagi kan..hehe.ape2 pon.all the best unnie..i'll stay behind when needed..saranghae unnie!! :p moga unnie terus berbahagye dengan YJ...

buat rakan yang selalu bersama..ustaz,beruang dan tentunya tuan ktorang..korang memang terbaik...salah dan silap sepanjang perkenalan selama beberapa bulan...harap di maafkan..halalkan makan minum..insha'Allah kta akan sentiasa bersama...saka mu tidak begitu baik seperti mula nya.. :)









inilah sedikit entry untuk pembukaan 2013..moga kita bersua kembali...

"mencoret ketika bersendiri,mungkin menjadi puisi"
"when two heart become closed..its not about love,but that is the true way to become good friend"