Sunday, February 24, 2013

..bukan jalan nya...

krooohh...kroohhh..
satu bunyi,
membingit telinga,
menyukarkan mata untuk di lelapkan,
letih,penat,lelah,
bertamu dalam diri,
bahkan tiada siapa mengerti,
sepi,sunyi,
seperti yang turut ku rasa,
seperti tidak ku duga,
walau sudah ternyata,
perpisahan kedua sedang menunggu,
bukan tidak serik dengan yang pertama,
mungkin bukan jalan nya,,
mungkin bukan jalan yang telah di tetapkan,
dan yang pasti,
itu bukan rezeki aku,
sudah di cuba,
sudah di usaha,
tapi tidak memihak,
ya!itu bukan rezeki kamu,
aku harus tinggal kan,
sayang,memang sayang,
harapan ku pudar,
impian ku belum tercapai,
untuk berjaya dalam satu keluarga,
masa depan ku lebih penting,
perpisahan pasti akan berlaku,
sama ada pada masa yang terdekat, 
mahupun di kemudian,
yang tinggal hanya secebis kata,
sekelumit memori,keakraban yang baru terjalin,
tidak akan pudar,
selagi ia kekal utuh di hati,
sepeninggalan ini,
aku mohon,
mohon kepada semua,
agar tabah dan sabar,
tempuhi cabaran yang ada,
ada masa kita bertemu kembali,
di dalam atau luar,
Naga Rantau tetap di hati..

-irman hirziq-

Monday, February 11, 2013

...bacelah...pleasee...

assalamualaikum semua...alhamdulillah syukur kepada Nya,,kita di masih di beri nafas olehNya...sbelum subuh menjengah..dalam suasana hujan begini..seperti hatiku yang turut di sirami hujan...(chewahhh,,#mengade)...ak terpanggil untuk mengulas serba sedikit berita panas perihal perhubungan yang telah di lalui oleh artis kita pada masa kini..

yesss...mesti anda pelik bin hairan bukan..tujuan aku untuk mencoret perihal ini akibat ketandusan idea ak.dan memberi pandangan aku..bukan untuk melagakan sesiapa..haa...untuk makluman semua..aku pernah di kenali sebagai DR Cinta,,,,haa terkezut bukan...terkejut x pe jangan terkentut...berbalik dengan MOTIF aku mencoret...hmm..pada pandangan aku,,disini berlaku nya kesilapan daripada kedua dua pihak..biasa lah..tiap2 manusia...pasti melakukan kesilapan..nobody perfect kan..

sebagai penulis amatur,,daripada pembacaan dan keratan2 akhbar..aku boleh rumuskan kedua dua pihak memiliki ego yang tinggi..tapi,,sebagai seorang ayah,jika aku seorang ayah..aku pasti terasa hati...bila pihak lelaki melabelkan anak aku sebagai bakal isteri,,,tapi belum meminta restu daripada keluarga,,,yelah..memang cerita percintaan korang hangat...parents da tau...tapi kalau x jumpe mak ayah...mintak izin...itu belum cukup untuk kau mengelar kekasih kau sebagai bakal isteri...korang perlu mohon restu daripada mak dan ayah dia..kalau x ley nak bawak family dulu xpe,,,jmpe personally...macam cerita p ramlee tuh..baru gentle..parents walaupon tau anak diorang ad pasangan hidup..selagi x dibawak untuk menghadap..sorry to say laa..ko belom layak nak umum kat masyarakat yang pasangan ko tu bakal isteri/suami korang...orang cakap xde greenlite lagi..so bawak pasangan korang mengadap dulu...ad greenlite..proceed dgn langkah seterusnya..x susah pon...

hmm..seperti yang aku cakap..pasal ego..mak aih,,semua orang ad level ego dye...kalau tinggi same tinggi mmg x dapat den nak nolong..mcm kes yang berlaku nie..ko nak jadi menantu dye...tapi ko g luah kat media..watpe..cakap bnde x elok lak uh..mmg sah2 laa kene reject..yess...bile dah ego mengatasi diri,,,inilah yang terjadi..kedua2 pihak keras kepala...jad..habuk pon tarak..in this situation...nak jadi gentle..mohon maaf laa pada ayah kekasiih kau atas kenyataan kau...insha'Allah ayah kekasih kau faham..maklum lah..x sabar nak kawen..tapi x jmpe parents agi...gtu laa jadi nye...hahaha...ape yang aku merepek nie..kekekeke...

sebagai konklusi,masalah sebegini boleh di elak jika kedua dua pihak mengamalkan give and take...dan untuk semua lelaki di luar sana...termasuk diri..dah nak sangat kat anak dara orang..p laa kenal2 dengan parents..jumpe parents kekasih hati korang...jumpe dan berkenalan..mintak izin..n kalau boleh hantar rombongan merisik awal2..lau yang tgh study..gtau laa lepas study n dapat keje t...kau pegi hantar rombongan...x susah..dah kenal n dapat greenlite sume hal senang beb...ko x rugi...calon dah ad..tapi harus beringat..kalau itu bukan jodoh kau..ko kene proceed ngan life kau..x gne meroyan...and seriusly.for the time moment..mane2 gurls a.k.a ladies yang rapat ngan aku..aku akan pastikan yang fam aku kenal dye..n fam dye kenal aku..paling x pon kalau mcm genk PLKN ak..kakak aku da kenal dioang...mane laa tau kot2 antara yang ko bawak kenal dengan fam kau tu..bakal calon kau..who knows...jodoh dah di tetapkan..sama ada di pertemukan di dunia atau di atas sana,,,,bkan men ske agi aku membebel pasal cintan cintun nie....hahahha...okay laa..itu saja dari aku..babai!!!

Assalamualaikum

Friday, February 8, 2013

..dan sesungguhnya kau lah nyawaku...

aku berlari,
emosi,
duduk di penjure,
membatu,
lorong yang gelap dan kelam,
hitam,
aku berlari lagi,
mana nak pergi?
pergi mati?
sial.
tidak boleh jadi ni,
rasa itu mahu pergi,
jadi bagaimana ni?
aku sendirian lagi,
memerah otak dari pagi,
sampai ke pagi,
pilihan terbentang luas,
nak apa lagi?
ahh...berbual tepi,
pandai la kau memaki,
yang buat keputusan ini,
diri sendiri laa babi!
cinta,sayang,rindu,dendam,
masih lagi terpendam.
nak melangkah ke belakang?
selalu di belakang,
habis?
kau boleh jamin aku di depan itu?
adalah mahu ku?
adalah takdir ku?
boleh membahagiakan ku?
kadang kadang aku rasa
dunia ini kejam,
tuhan itu tak adil,
Astaghfirullah,,,
aku hanya mampu berdoa,
yang diatas sana,
supaya tetapkan hati,
kepada apa yang di rasakan-Nya
terbaik untuk diri ini

kepada si dia,
cinta itu pasti,
separuh mati,
tapi,
aku mahu yang hakiki,
dapatkah kau menemani ku di syurga nanti?

-elena reeney-

"i'm a theif,and i;m here to steal your heart."

"orang yang paling banyak buat kita ketawa dan senyum itulah yang akan memusnahkan senyuman itu semula"

"it's normal to fall in love with somebody.but understand that it's part of life,to learn that you don't always get the things that you want and the people you want."

..kuterima dengan hati yang terbuka..

subuh menjelma,
kelihatan si ibu,
bangkit dari tidur,
bila si anak masih terjaga,
ibarat kelawar yang berterbangan,
mencari makanan,
bila otak ligat berfikir,
kerap termenung sendiri,
padahal di sisi,
ada secawan kopi,
senaskah kitab,
yang menemani diri,
penulisan yang unik di perhati,
dibaca dan cuba disemat dalam hati,
agar bisa berdiri,
dengan sendiri,
supaya tidak rebah lagi,
percubaan demi percubaan,
telah dilakukan,
malah masih gagal,
tapi itu bukan alasan,
jawapan yang pasti,
menjadi igauan,
menjadi mimpi,
siang dan malam,
tidak akan mengeruh keadaan,
yakin pada diri,
agar tidak terhumban,
terhumban dek perasaan sendiri,
bangkit bila dicemuh,
bertahan bila diserang,
menyerang bila bersesuaian,
ya mahupun tidak pasti menjadi pilihan,
tabah diri menanti jawapan,
kerna,
tiada yang sepenting luahan,
agar tiada berlaku tidak persefahaman,
ia sudah dijelaskan,
ingat,
hati mesti sentiasa tebuka menerima jawapan...  

p/s : penulisan yang semakin teruk....perlu di asah....maaf andai tersilap bahasa..

sedikit perihal terfaktab

oh...hampir 2 minggu aku menyepi..
sebelum aku teruskan..
assalamualaikum semua,,,sihat??
kebelakangan ini,,aku ketandusan ilham untuk menulis,entah mengapa,kelam.gusar..semua bercampur baur..insya'Allah sebelum subuh menjengah,,,akan ku saji kan mata-mata yang setia menanti,dengan nukilan yang tidak seberapa,,,,sebelum itu..mari bace petikan daripada kitab terfaktab yang baru aku baca...

"seganas dan sekejam Hitler pun dia boleh terjebak dengan masalah cinta,apatah lagi kita?dalam setiap percintaan dan perhubungan, kita sering kali di dengari dengan pelbagai isu.dari pandangan pertama yang berubah menjadi crush; dari penulis blog menjadi secret admire; dari musuh menjadi pasangan bahagia; dari sahabat menjadi kekasih dan akhirnya dari couple menjadi stranger. semua itu adalah fenomena yang amat normal. semua itu adalah peristiwa yang hampir semua antara kita pernah mengalaminya..."

terfaktab..sebuah kitab yang menerangkan perihal kisah remaja..sesuai untuk di baca...walaupun penulisan nya agak sarcastic tapi amat menarik untuk dibaca..