Monday, January 21, 2013

awak,mengahadapi perpisahan tidak mudah by DSZ

assalamualaikum sahabat,teman,entry kali ini bukan lah hasil dari idea aku sendiri.bukan dari buah fikiran ku,,tapi aku cuma sekadar berkongsi..berkongsi apa yang telah aku baca pada dua tahun lepas..bagi pengemar pengemar blog..mesti ada yang mengenali atau gemar membaca blog Dunia Sebelah Zara...dari blog tersebut aku mula minat untuk berkarya..walaupun tidak sehebat beliau...antara karya yang mampu mengusik aku adalah. "Awak,menghadapi perpisahan tidak mudah" mari aku kongsi sedikit nukilan beliau untuk juadah mata kita bersama...


awak,
keadaan cuaca dunia tidak menentu,
keadaan kita juga seperti tiada hala tuju,
anehnya,perjalanan hidup kta bagaikan ular kena palu,
bersimpang siur,sekejap ke hilir,sekejap mudik ke hulu,
dan dia, enggan perhubungan ini menjadi bisu,
sakitnya jiwa dia menahan pilu,

awak,
dia yakinkan diri bahawa awak dan dia akan kekal bersama,
kekal bersama untuk tempoh yang lebih lama,
ini bukan kali pertama,
bukan kali pertama dia jatuh cinta,
dengan awak,orang yang sama,
ya awak, dengan awak dia belajar erti kasih dan manja,
dengan awak dia kenal dunia

awak,
semakin lama awak semakin menjauh pergi,
kelibat awak sudah jarang di sisi,
pelbagai alasan yang awak beri,
dan dia,enggan ada pertengkaran yang menyayat hati,
dia menunggu walaupun pada awak itu langsung tidak bererti,
susahkah awak untuk memahami?

awak,
hatu dia semakin lama semakin sakit,
betapa keyakinan dia mula luntur berdikit-dikit,
jiwa dia setiap hari dihiris perit,
parahnya dia sampai menjerit,
dengan harapan awak tidak dengar walaupun sedikit,
sebab awak pernah kata,dia kuat walau apa jua yang berlaku waktu "crit",
ya,hatta dia kena cirit birit,

awak,
di mata dia,awaklah yang paling dia cinta,
paras rupa bukan satu ukuran yang dia layan sehingga buta,
tapi yang dia mahukan hanya secebis rasa,
rasa suka,
rasa cinta,
daripada awak yang ajar semua.

awak,
awak buat dia rasa bermakna,
awak buat dia juga punyai kepentingan atas dunia,
awak buat dia rasa dia manusia,
awak buat dia rasa berharga,
awak buat dia rasa betapa manisnya sebuah perasaan dan jiwa,
awak buat dia rasa daia seorang yang beruntung dan istimewa,
tapi,kenapa sekarang awak mahu renggut semua?

awak,
susahkah buat dia gembira?
susahkah buat dia mahu nikmati bahagia?
susahkah mahu dia ceria?
susahkah mahu dia suka?
kenapa mesti berikan dia derita?

awak,
dia telan semua alasan,
dia telan semua apa yang awak berikan,
bila awak diam,dia akan fikir awak dilanda kesibukan,
bila awak menjauh,dia cuba yakinkan diri awak perlukan ruang bersendirian,
bila awak senyap, dia sengaja cipta alasan,
supaya dia mampu hadapi semua ini dengan senyuman,

awak
adakah dia perlu berlalu pergi?
bila yang tinggal hanya senarai janji?
pesanan dan kata-kata yang tidak pernah ditepati?
kosong dan tidak bererti.

awak,
kesakitan itu hanya sudah mula dia rasa,
kepedihan itusudah mula menular dalam jiwa,
kerosakan itu mula memecahkan sendi yang bernyawa,
adakah dia perlu hadapi lagi penderitaan sebelum ianya bermula?

awak,
dia sudah penat derita,
dia sudah penat tahan rasa,
dia sudah penat mahu bersandiwara,
dia sudah penat senyum terpaksa,
dia sudah penat yakinkan diri segala,
dai sudah penat berkejar setiap masa,
dia sudah penat untuk paksa diri ketawa,

awak,
pernahkah awak berhenti?
depan dia dan memerhati.
lihat sama ada awak perlukan dia di sisi,
ataupun dia hanya sekadar trofi,
dapat boleh terima puji,
kalau hilang tidak di keji,
dipulangkan tiada yang simpati,

awak,
awak mungkin tidak akan terjaga dari mimpi,
awak mungkin rasa dia sudah berlalu pergi?
kerana sudah tidak larat menyeka air mata yang jatuh ke pipi.

ini link untuk ke entry yang original...boleh copy n paste kat web ea..
http://shafaza-zara.blogspot.com/2011/11/awak-menghadapi-perpisahan-tidak-mudah.html

untuk ke blog DSZ 
http://shafaza-zara.blogspot.com/


entry yang aku tulis ini adalah pemangkin untuk aku pada ketika dulu,,,setelah lama bermurung....mungkin tiba untuk ak baca sekali lagi...

No comments:

Post a Comment